nurul nadiah
Lawatilah Petrosains di KLCC semasa musim cuti sekolah ini. Pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan khas untuk kanak-kanak, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah dan tidak kurang juga sesuai untuk orang dewasa.

Dalamilah ilmu sains dengan mudah dan lebih interaktif di sini..

Jangan lepaskan peluang ini..bawalah anak-anak anda menyaksikan keajaiban ilmu sains dan keindahan menerokai bidang ini. Antara pameran yang pasti mengujakan anda adalah 'The Space Exhibition' dan 'Dinotrek 2' di mana anda akan dibawa untuk menjelajahi dunia angkasa lepas dan menjejaki dunia dinosours yang telah pupus ditelan masa.

Semoga anda terhibur di sana dan pada masa yang sama dapat menambahkan pengetahuan anda tentang dunia sains yang penuh misteri dan adventures!



Petrosains, KLCC
0 Responses

Post a Comment