nurul nadiah
Tingkatan 1Al-Biruni: Seorang pelajar iaitu Nursyahirah Mohd Ali telah mendapat A bagi matapelajaran matematik.
Bagi matapelajaran Sains, gred yang tertinggi adalah B juga disandang oleh Nursyahirah Ali. Pelajar-pelajar lain bagi kedua-dua subjek ini mendapat gred dari B sehingga E.

Tingkatan 1Al-Ghazali: Pencapaian pelajar2 adalah kurang memuaskan bagi matapelajaran matematik..seorang pelajar telah mendapat A, seorang B, tiga orang C dan empat orang D. Selebihnya mendapat gred E.

Tingkatan 1 Al-Khawarizmi:Seorang pelajar iaitu Nurul hafizah Abu Bakar mendapat A dalam matapelajaran sains. Selebihnya gred pelajar-pelajar adalah B sehingga E.

Tingkatan 1 Ar-Razi : Tiga orang pelajar mendapat B dalam matapelajaran Sains. Selebihnya pelajar mendapat gred C sehingga E.


Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar SMK Kg Gelam kerana telah selamat menduduki peperiksaan akhir tahun 2009 dan memperoleh keputusan yang memuaskan.
nurul nadiah
TAKWIM PERSEKOLAHAN 2010

nurul nadiah
KEWUJUDAN ALAM SEMESTA


Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut;
“Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi”.( Surat al-An'aam:101.)

Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.

Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.

ORBIT DI DALAM AL-QURAN

Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;

“Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya).” (Surah al-Anbiya; 33)

Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

“Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)

Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.

Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;

“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan” (Surah az-Dzariyat;7)

Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu.
Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain.

Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.

Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.

Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.


subhanallah~~syukur kita atas penciptaan kita dan alam semesta..=)

sumber: http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=62&Itemid=92
nurul nadiah
Assalamualaikum wbt...

Kepada semua pelajar SMK Kg Gelam, cikgu ucapkan semoga berjaya di dalam peperiksaan akhir tahun 2009.

Usaha, Doa, Tawakkal! Pasti Bejaya!!