nurul nadiah


Apa dia tema hari kebangsaan pada tahun ini? siapa tahu?
temanya ialah 'bersama kita menghayati dan menghargai erti kemerdekaan'
ermm..dalam maksudnya tema tahun ini..
walaubagaimanapun, sudah merdekakah kita? cuba renungi negara kita,bangsa kita dan diri kita sejenak, apakah erti kemerdekaan yang sebenarnya? mungkin negara kita merdeka sebagai salah satu erti pembebasan tanah air daripada penjajah..apakah pula erti merdeka bagi bangsa kita esp. melayu dan erti merdeka bagi diri kita sendiri..berikanlah pengertian mengikut kamus anda masing-masing..semoga anda menemui jawapan yang tepat untuk mendefinasikan apakah merdeka yang sebenarnya..=)

Iklan Sebentar



Pernahkan anda menonton filem hati malaya? jika tidak, filem ini baru sahaja ditayangkan di tv2 malam tadi sempena sambutan hari kebangsaan kita. Saya pernah menontonnya semasa mengikuti kursus biro kenegaraan (BTN) pada bulan Jun tahun ini..apa yg dapat saya katakan, filem ini menceritakan perjalanan sebelum negara kita, tanah melayu pada ketika itu mencapai kemerdekaan, berkat usaha pemimpin dan sokongan padu rakyat. Pada ketika itu, 1Malaysia sudah jelas kelihatan di mana semua bangsa, tak kira Melayu, Cina mahupun India sama-sama inginkan kemerdekaan pada tanah melayu..diharapkan semangat 1Malaysia akan kekal dan kita semua dapat hidup aman damai dan sentiasa bersyukur dengan rahmat dari yang Esa.
akhir kata, siapa yang tak sempat menonton filem ini, jgn lupe menontonnya sementara semangat hari merdeka masih ada =)
nurul nadiah

Posting saya yang pertama ialah ke SMK KG gelam
yang terletak di Tanjung Keling, Melaka. Boleh click pada pautan link di atas untuk terus melayari blogspot smk kg gelam.

Ini pulak gambar saya yang diambil oleh Tuan Pengetua En.Roszelan Majid pada hari pertama saya bertugas di sekolah ini.

Gambar-gambar lain akan dipost kemudian, insyaAllah..

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan al-mubarak ini..semoga dapat beramal dengan ikhlas dan dapat diterima olehNya..
nurul nadiah