nurul nadiah
and the middle is grey.. ;)
nurul nadiah

Date: 20 october 2009
Time: 730am - 500pm
Venue: PSS SMK King George The Fifth (KGV)

Seramai 38 orang guru dari sekolah rendah dan menengah di sekitar kawasan Kg Gelam dan beberapa orang kakitangan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kg Gelam telah mengadakan lawatan ke pusat sumber sekolah yang tersebut di atas. Tujuan lawatan adalah untuk meninjau dan mendapatkan idea bagaimana sekolah tersebut menguruskan PSS mereka sehingga mendapat johan PSS Cemerlang peringkat kebangsaan pada tahun 2006. Oleh itu, PSS KGV kini sedang dalam proses untuk mengekalkan kecemerlangan PSS yang menjadi kebanggaan seluruh warga Georgian.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada AJK Pengurusan PSS KGV!
nurul nadiah
Assalamualaikum wbt...

Minggu peperiksaan akhir tahun akan bermula pada 28 October ini, dimulakan dengan kertas Sains 1 dan 2 bagi pelajar tingkatan 4. Bagi pelajar tingkatan 1 dan 2, peperiksaan akhir hanya akan bermula pada 2 November 2009.

Sehubungan dengan itu, semua guru-guru yang terlibat dikehendaki menyediakan soalan-soalan peperiksaan berkaitan dengan subjek yang diajari di SMK Kg Gelam ini. Semua kertas peperiksaan hendaklah berdasarkan format PMR dan SPM, supaya pelajar dapat membiasakan diri mereka dengan keaadaan peperiksaan sebenar.

Untuk mencapai sasaran objektif peperiksaan, saya selaku guru dan penyedia soalan bagi subjek sains tingkatan 1 seharusnya mengikuti langkah-langkah menyediakan soalan yang betul berdasarkan test blueprint yang diajar kepada saya sewaktu KPLI tempoh hari. Semoga saya dapat mengikuti piawai peperiksaan yang sebenar.

Kepada semua pelajar SMK Kg Gelam, buatlah persediaan awal sebelum anda menduduki peperiksaan akhir tahun yang merupakan pertama kali diadakan di sekolah ini. Cikgu ucapkan, Selamat mengulangkaji pelajaran!!
nurul nadiah
Assalamualaikum wbt...

Kepada semua calon-calon PMR 2009, tak kira di mana anda berada, diucapkan semoaga berjaya dalam peperiksaan anda terutamanya paper Science and Mathematics ya!
nurul nadiah
Assalamualaikum wbt..

Selaku guru Biasiswa sekolah, saya telah menghadiri kursus pengurusan biasiswa bagi guru-guru biasiswa sekolah-sekolah menengah negeri Melaka bermula dari 1 -3 oktober 2009 bertempat di Hotel Tropical Inn, Johor Bharu. Seramai 74 orang guru hadir dalam kursus tersebut.

Terdapat banyak input dan pengalaman baru yang saya dapati sepanjang menghadiri kursus ini kerana ini merupakan tugas saya yang baru di SMK Kg Gelam ini.

Sekembalinya ke sekolah nanti, semua urusan biasiswa pelajar akan dikemaskini dan pemantauan akan dilakukan dalam masa terdekat ini oleh Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka terhadap sistem pengurusan biasiswa pada setiap sekolah.