nurul nadiah
Lawatilah Petrosains di KLCC semasa musim cuti sekolah ini. Pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan khas untuk kanak-kanak, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah dan tidak kurang juga sesuai untuk orang dewasa.

Dalamilah ilmu sains dengan mudah dan lebih interaktif di sini..

Jangan lepaskan peluang ini..bawalah anak-anak anda menyaksikan keajaiban ilmu sains dan keindahan menerokai bidang ini. Antara pameran yang pasti mengujakan anda adalah 'The Space Exhibition' dan 'Dinotrek 2' di mana anda akan dibawa untuk menjelajahi dunia angkasa lepas dan menjejaki dunia dinosours yang telah pupus ditelan masa.

Semoga anda terhibur di sana dan pada masa yang sama dapat menambahkan pengetahuan anda tentang dunia sains yang penuh misteri dan adventures!



Petrosains, KLCC
nurul nadiah

Assalamualaikum wbt...

Belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua...Maaf zahir dan batin...=)
nurul nadiah
Ramai masyarakat Islam kurang menyedari peranan yang di mainkan oleh tokoh-tokoh Islam berbanding dengan tokoh-tokoh sains barat. Adakalanya kita hilang pertimbangan sehingga mengagong-agongkan ahli sains barat. Sebut sahaja Einstein, Tesla, Newton, dan sebagainya, pasti ramai yang mengetahui. Sedangkan kita mempunyai ramai ahli sains Islam yang mencetus idea pembangunan tamadun ummah.

Salah seorang dari mereka ialah Abu Bakar Muhammad Ibn Yahya al-Saigh al-Tujibi al-Andalusi al-Samqusti atau dikenali sebagai Ibn Bajjah .Beliau berasal dari keluarga al-Tujib yang bekerja sebagai pedagang emas.Tetapi di Barat ia di kenali sebagai dengan nama Avempace .Beliau dilahirkan di Saragossa pada tahun 1082 Masihi(M) .

Ibn bajjah merupakan merupakan di antara cendiakawan yang dapat menguasai pelbagai ilmu yang dipelajarinya.di antaranya ialah :
1. Ahli hafiz Al-Quran
2. Bidang kedoktoran
3. Seorang ahli muzik dan pemain gambus yang handal
4. Menguasai ilmu matematik,,fizik dan , falak
5. Bidang falsafah

RENTETAN KEHIDUPAN


Selain di dalam bidang ilmu dan falsafah yang diceburi oleh Ibn Bajjah, beliau juga turut melibatkan diri di dalam bidang politik .Ia bermula di tempat lahirnya sendiri iaiati di Saragoassa apabila dia mula bergiat sebagsai penyair bagi pihak al-Murabithun yang dipimpin oleh Abu Bkr Ibn Tafalwit. Kemudian apabila Abu Bkr berkuasa di situ ,Ibn Bajjah dilantik sebagai menteri .

Pada tahun 1118 M,( 512 H ) Saragossa dapat ditakluk oleh raja Alfonso yang berasal dari Aragon ,maka Ibn Bajjah pun berpindah ke Seville .Di dalam perjalanannya ke Seville dia singgah di Valencia . Di Seville Ibn Bajjah menjalankan tugas sebagai seorang doktor dan banyak menulis tentang ilmu logik

Kemudian Ibn Bajjah berpindah ke Granada ,dan dari sana beliau berpindah ke Afrika Utara ,iaitu pusat Dinasti Murabithun .Tetapi oleh kerana cara pemikiran falsafahnya asing di kalangan masyarakat di situ ,beliau ditangkap apabila tiba di kota Syatibah iaitu di Maghribi oleh Amir Abu Ishak Ibrahim Ibn Yusuf Ibn Tasifin yang menuduhnya sebagai murtad dan pembawa bid’ah .Oleh kerana Ibn Rusyd pernah menjadi muridnya Ibn Bajjah dilepaskan.

Ekoran dari kejadian tersebut ,ia meneruskan perjalanannya ke Fez di Morocco. Di sana ,beliau mendapat penghormatan yang tinggi di kalangan orang al-Murabithun dan diangkat menjadi menteri oleh Abu Bakar Yahya Ibn Yusuf Ibn Tasifin untuk jangka waktu yang panjang .

Kedudukan yang beliau perolehi , telah menimbulkan rasa dengki dan iri hati dari pelbagai pihak .Akhirnya pada bulan Ramadhan pada tahun 1138 M( 533 H) . Menurut satu riwayat beliau meninggal dunia akibat diracuni oleh seorang doktor , yang bernama Abu al-‘ala Ibn Zuhri yang iri hati terhadap kecerdasan dan penguasaan ilmu yang terdapat pada Ibn Bajjah .Beliau dimakamkan di samping makam Ibn ‘Arabi di Fez .

Beliau mempunyai dua orang pengikut yang kebanyakan maklumat mengenai latar belakang kehidupannya banyak diperolehi daripada kedua orang ini. Dua orang pengikutnya ialah :


1. Abu Hasan Ali Bin Abdul Aziz bin al-Iman
2. Ibnu Tufail

KARYA-KARYA IBN BAJJAH


Ibn Bajjah banyak mengahasilkan karya di dalam pelbagai bidang .Karya-karya yang dihasilkan lebih kurang 31 karya .Karya asal Ibn Bajjah ditulis di dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew dan Bahasa Latin. Manuskrip –manuskrip asal dan terjemahannya ada tersimpan di dalam perpustakaan Bodlein MS.Pococke 206 ,Perpustakaan Berlin MS.5060 dan di perpustakaan Escurial ( Sepanyol )MS.612 .

Di antara karya-karyanya yang terpenting ialah :
Risalah al-wida’
Ia mengandungi tentang ketuhanan ,kewujudan manusia ,alam ,serta huraian mengenai kedoktoran dan perubatan .Buku ini terletak di perpustakaan Bodlein.

Risalah Tadbir al-Mutawahhid

Ia mengandungi tentang pandangan beliau dalam bidang politik dan falsafah.Ia lebih menekankan kehidupan individu dalam masyarakat yang disebut Mutawahhid .Kandungan buku ini seperti buku al-Madinah al-Fadhilah ,karangan al-Farabi .Risalah Tadbir al-Mutawahhid ini diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol setelah wafatnya Ibn Bajjah.

Risalah al-Ittisal al-‘Aql Bi al-Insan

Ia mengandungi tentang perhubungan akal dengan manusia serta huraian mengenainya.

Kitab an-Nafs
Ia mengandungi yang berkaitan tentang persoalan yang berkaitan tentang jiwa manusia dengan Tuhan dan pencapaian manusia yang tertinggi dari kewujudan manusia (kebahagiaaan ) .Persoalan ini banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah Yunani ,oleh sebab itulah Ibn Bajajh banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle ,Galenos ,al-Farabi ,dan al-Razi.

Komentar tentang ilmu Logik al-Farabi
Sampai sekarang masih ia tersimpan di perpustakaan Escurial (Spanyol )

• Beberapa ulasan terhadap buku falsafah hasil karya Aristotle ,al-Farabi ,Porphyrius dan sebagainya .
Menurut Carra dew Vaux ,di perpustakaan Berlin terdapat 24 risalah manuskrip karangan Ibn Bajjah .Di antaranya ialah Tardiyyah( syair-syair )

• Risalah al-Akhlaq
• Kitab al-Nabat
• Risalah al-Ghayah al-Insaniyyah


Sesungguhnya Ibn Bajjah merupakan tokoh ilmuwan yang hebat ,sesuai denagn kedudukan dan penghormatan yang telah diberikan kepada beliau sepanjang kehidupannaya serta tokoh falsafah Islam yang pertama di Andalusia .Menurut Ibn Khaldun ,kedudukan Ibn Bajjah adalah setaraf dengan Ibn Rusyd (Averroes ) ,Ibnu Sina (Avincenna) dan al-Farabi .

Masih banyak lagi pemikiran falsafah Ibn Bajjah yang tidak diketahui kerana sebahagian besar karya tulisannya telah musnah .Bahan yang tinggal dan sampai kepada kita hanya merupakan sisa-sisa dokumen yang berselerakan di beberapa perpustakaan di Eropah ,

Sesetengah pandangan falsafahnya jelas mendahului zamannya .sebagai contoh ,beliau telah lama menggunakan ungkapan manusia sebagai makhluk sosial ,sebelum para sarjana barat berbuat demikian .Begitu juga konsep madani telah dibicarakan dalam tulisannya secara tak langsung .

Biarpun umur Ibn Bajjah tidak panjang tetapi sumbangan dan pemikirannya telah meletakkan tapak yang kukuh kepada perkembangan ilmu dan falsafah di bumi Andalusia .

-sumber tokohislam2u.tripod.com-
nurul nadiah

Assalamualaikum wbt...

Tambah tolak bahagi dan darab...itulah matematik..pusing2 kat situ jugak..sy dinasihatkan oleh seorang guru matematik supaya memberikan simple examples on each concept...cube terangkan satu method dahulu untuk satu concept dan kemudian apabila pelajar-pelajar sudah master sesuatu concept itu, then bolehla introduce the new method pulak kepada mereka...which is yg the simpler one la..ini bertujuan untuk mengajar mereka supaya bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...tak gitu??

method satu: jalan kerja yang panjang, tp boleh nampak cara pengiraan satu persatu.
method dua: jalan kerja lebih ringkas dan cepat pula.
Maybe ade jugak satu concept tu terdapat sehingga 4-5 method untuk mendapatkan jawapannya..tak kesahla tu, asalkan setiap permasalahan matematik itu,pasti ade jawapannya..kan mudah tu matematik..!

Memetik kata dari lecturers di IPDA pula, kalau tak boleh gune prinsip inductive, gune prinsip deductive untuk explain sesuatu konsep itu kepada pelajar-pelajar...hope ini boleh membantu dalam P&P math dan sains sy di masa akan datang! insyaAllah =)


n/b: meeting HEM tadi yang bermula jam 2.30 p.m dan berakhir pada jam 4.15 p.m banyak menyentuh tentang pembentukan insan seorang pelajar. Mulakan dengan menarik minatnya terhadap pelajaran ( dalam erti kata lain, tackle dulu student tu) then barulah boleh deliver sesuatu contents dengan mudah...

ermmm..how to tackle a student? I wonder how...
nurul nadiah
Assalamualaikum wbt...

Hari pertama mengajar kelas-kelas f1 untuk subject sc & math kat sekolah...owwhh..kids nowadays...mmg mencabar kesabaran seorang guru, lagi2 di bulan mulia ini...nak buat lagu mana...sabaq jela noo..byk pahala dapat...huhu =)

Btw, ape kene mengene ngn tajuk entry post kali ni? ermm...ingin bertanya kepada sesiapa yang berpengalaman..kanak-kanak ( means pelajar f1 yg sy ajar tu) yg susah focus dalam kelas tu nak kene buat ape yea..habes suara suruh mereka duduk diam dan dengar apa yang saya nak ajar tu, takkan nak biarkan dan buat don't know saje..alahai...(sy juga budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan..)

Riangkan hati tgk hippo buat konsert la...huhu..